Wednesday, 27 March 2013

jika syurga untukku :)

assalamualaikum..

  sedar tak sedar semakin ramai yang hanya islam pada nama. tengok kat kad pengenalan agama islam tetapi astagfirullah perangai macam bukan orang islam. ya.. memang tidak layak untuk aku menilai seseorang. sesungguhnya aku juga insan biasa seperti mereka. aku juga pernah buat dosa :(  tapi inshaAllah aku akan berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang sejati. inshaAllah. mudah-mudahan. siapa tak tergoda dengan keindahan syurga.? siapa yang tidak mengidamkan syurga walau sejahat mana seseorang itu?  begitu juga aku. aku inginkan syurga. ya. syurga . tapi untuk mendapat kan syurga bukan semudah yang disangka. tapi bila kitaa buat sesuatu kerana Allah.. inshaAllah semuanya mudah.

  aku akan berusaha ke arah itu kerana aku inginkan syurga. aku takut dengan neraka. balasan Allah . janji Allah itu pasti . jadi marilah sama-sama berusaha untuk mengecapi kebahagian di dunia serta akhirat. syurga untuk semua orang yang taat padaNYa. amar makruf nahi mungkar. :) melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. inshaAllah :')

sekian. assalamualaikum :)  i Luv islam :)

Wednesday, 20 March 2013

muhasabah diri

assalamualaikum.. pagi tadi aku ada kelas akaun. macam  biasa lah.. bila tuto nak tengok esok.. malam ttu baru terhegeh-hegeh nak buat.. buat punya buat.. pergh ! alhamdulillah.. siap jugak.. tengok jam.. dan . oke.. baik lah..pkul 4 pagi sudah.. baru nak layan hindustan kejap. nak dijadikan cerita pg ni aku pegi kelas..  ea lah.. semangat . 10.30 dah pegi.. kelas pkul 11. padahal amin ta jauh pun ngn fakulti. semangat punya pasal . kerja da siap kan.. bangga la aku.kat kelas duduk2 je lah.. tidur- tidur. mengantuk kot.. ak tidur pkul 4. 

lepas bincang tuto.. baru ak tahu.. bukan aku sorang je yang tidur lewat.. ramai jugak yang rajin semalam.. pkul5 dorang tidur.. nak siapkan tuto punya pasal. pensyarah ada kata minggu lepas.. ayat nya berbunyi begini " barang siapa yang tak menyiapkan  walaupun satu soalan, jangan masuk kelas saya " . pergh ! motif aku cerita , ramai gak yang menitikberatkan amaran puan . maksud aku ramai yang tak datang kelas   'loading ' la korang ni.. ahahha.. lepas tu, puan tu bagi ceramah sikit.. dan buat aku tersedar.

puan kata dia dapat dekan 6 kali daripada 7 semester.. hebat ! dia tanya tahu tak kenapa sem 7 dia tak dapat dekan? ak mana lah tahu.. dia tak penah cerita kenapa.. rupanya, masa tu dia da berkenalan rapat ngn suami dia.. dah selalu jumpa.. dia kata lagi mungkin sebab dosa dia toh yang selalu jumpa dengan suami dia masa toh yang membuatkan dia tak dapat dekan. aku terfikir dan tetibe pulak terkenang kan 'final exam' aku yang tak seberapa toh..

oke ! aku da dapat jawapan. semua yang berlaku ada sebab. masa study week.. study memang aku study . pergh aku cakap ngn korang ak blaja macam nak rak.. tidur pukul 5 kadang-kadang.. pkul 9 pagi sambung balik belajar.. tapi kenapa keputusan aku tak berapa bagus macam kat matrik dulu? sebab tipa malam aku bergaut . dosa tu.. ak tahu.. tapi aku buat jugak.. aku mesej tiap masa.. bak kata puan, dosa toh yang hijabkan aku.. betul jugak. time kat matrik aku bukan selalu mesej dan 'call'. bila perlu sahaja baru mesej. tapi kat sini.. aku memang melampau la..

secara konklusinya, aku tengah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik .InshaAllah.. jaga solat.. jaga solat..jaga solat.. penting ! puan kata kalau kita baik macam mana sekali pun kat dunia ni , tapi solat terabur.. tak kemana pun kebaikan kita toh..
setakat ni je la yang aku mampu cerita. bye.
assalamualaikum. 

Friday, 15 March 2013

kawan oh kawan~

assalamualaikum.. selamat malam semua..

sedih hati ni bila hasil kerja sedikit pun tidak di pandang. aku tahu dia penat.. sebab tu aku buat sorang-sorang kerja ni.. aku minta tolong dia baca je..itu sahaja.. aku tak minta lain.. tak boleh jugak ke? macam-macam kawan yang ada dalam dunia ni.. macam-macam perangai.. sebab tu amal kena sabar.. ya Allah, kuatkan hati aku.. aku terima semua kawan-kawan aku.. inshaAllah aku terima mereka kerana Allah. aku tahu semua ni ada hikmahnya.. jadi , kena terima lah apa yang mereka buat dekat aku.. apa kata hati ? sabar ? iya.. itu yang aku buat selagi masih termampu kesabaran aku untuk terima semua sikap dorang dekat aku.. sabar ye amal. sabar itu indah :') sangat indah :) mungkin tak nampak apa yang indahnya sekarang.. tapi akan rasa indah di kemudian hari. inshaAllah, Allahualam. semoga aku terus diberi kekuatan sabar tu . Go Amal !! Go !! hehe..
 kawan senang sangat senang di cari..ea la.. nama pun kawan senang.. begitu jugak sebaliknya. selagi Allah bersama aku.. inshaAllah aku mampu :) 


selamat malam:) assalamualaikum.
 

Thursday, 14 March 2013

penat :(

penat.. tensii..

semua orang buat hal dengan aku.. masa aku penat la dia nak buat hal dengan aku.. bengang.. tolonglah jaga hati kawan sayang-sayangku.. kita ni kelas sama-sama.. kolej sama.. pergi mana-mana pun mesti terserempak.. jadi, tolonglah jangan nak sakitkan hati antara satu sama lain.

sekian.
# pesanan untuk diri sendiri jugak#
:)

Monday, 11 March 2013

rasa malas nak balik kolej :'(

assalamualaikum..
korang..korang.. nak tahu tak aku balik hari khamis juga akhirnya.. tak tahan dah.. rasa hati membuak-buak nak balik.. balik je kelas..terus kemas-kemas barang..jaga bmart 1 jam.. terus bla.. waaa.. bahagia gila hidup masa tu.. tapi tu hari khamis hari tu la..

hari ahad dah tiba, nak ta nak kena la balik kolej kan.. ea la..esok kelas kan ada.. hei.. kuatkan hati amal.. sampai kolej terus masuk bilik.. tengok bilik sunyi je.. " roomate " tak de.. dia pegi perlis.. aku duduk la kat birai katil.. pergh ! boleh menitis air mata aku gara-gara teringatkan mak ayah.. kalau mak tahu tahu .. serius kena gelak.. aiseh..amal..amal.. manja sangat.. cubalah jadi kuat sikit.. 

# tersenyum sorang-sorang ingat pasal perangai aku ni.. macam-macam.
wasalam :)

Wednesday, 6 March 2013

semester yang memenatkan.

assalamualaikum...

semester ni paling memenatkan. menguji mental dan fizikal aku yang tak berapa nak kuat ni.. kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang * tetibe je..hehehe.. segalanya kurang la.. ada satu je la yang tak kurang-kurang sem ni.. kerja.. kerja la yang tak pernah kurang.. makin nak selesaikan semua kerja makin bertambah pulak kerjanya.. pergh ! sangat tak larat la sem ni.. 

kalau nak buat kerja-kerja yang pensyarah bagi, memang tak boleh nak buat siang.. malam je ada masa.. itu pon kalau malam tak de mensyuarat.. kalau ada jangan harap lah dapat tidur awal malam toh.. kena siapkan jugak kerja toh.. bukan malas nak siapkan kerja tu petang.. tak de masa masalahnya..
cuba bayangkan.. pagi pergi kelas sampai pukul 2.. pukul 2 dah sambung kerja jaga kedai,, mana datangnya masa rehat aku kat situ.. memang tak merasa.. balik bilik memang pengsan lah kan,, hari-hari macam toh.. ak jaga kedai selasa, rabu dan khamis.. urmm,, :( sabar je lah.. kuat kan semangat ! ahahah.. bye..

assalamualaikum..:)

Monday, 4 March 2013

harapan tinggal harapan~

assalamulaikum dan salam sejahtera..

ape yang harapan ? harapan aku untuk balik awal..hancur berkecai.. ingatkan nak balik khamis ni.. tapi aisehhh! kena jaga kedai pulak.. dah rancang baik punya.. hei.. haruslah kecewakan..

okey.. ak tak ada 'mood'. bye..ahahah

selamat malam~

Saturday, 2 March 2013

dugaan ~

assalamualaikum..

saya tengah join program simposium keusahawanan.. jadi agak sibuk 3 hari ni. esok hari terakhir program ini berlangsung.. alhamdulillah.. mudah-mudahan  semuanya okey..dan tak jadi macam tengahari tadi..

saya ni bahagian jamuan. macam biasa la.. setiap program haruslah ada makanan.. pukul 12.15 kitaorang yang AJK jamuan ni pon keluar la dari dewan tu.. niat nya na tunggu makanan sampai.. tunggu punya tunggu.. tak sampai-sampai.. semua dah risau dah.. ea la.. mahu tak nya.. peserta kat dalam dewan tu da kelaparan da.. kang dia buat tunjuk perasaan kat dalam dewan tu.. tak naya ke..

ketua aku telefon kafe tu sebab nak tanya makanan sampai pkul bapa.. dan makcik tu kata makanan tak masak lagi.. hah ! aku ulang lagi sekali.. TAK MASAK LAGI ! teruk.. alasan dia bagi , dia lupa.. -__-". timbul keraguan di situ sebab kitaorang dah bagitahu dan ingatkan banyak kali.. pasal kelalaian orang lain, ketua kami jadi mangsa.. kesian.. makanan sampai pukul 2.30.. peserta ramai yang dah balik.. iskh..
perjalanan program yang sepatutnya lancar jadi tak lancar..bukan ke akan memburukkan kolej aku jugak akhirnya tu..

tapi tak pe.. bukan semua bersalah dalam hal ni.. tak guna salahkan siapa-siapa. benda dah jadi kan.. apa-apa pun..kita tak kan belajar kalau tak buat kesilapan :)

# redha apa yang berlaku. jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. kita merancang Allah yang tentukan :)

assalamualaikum..