Saturday, 2 March 2013

dugaan ~

assalamualaikum..

saya tengah join program simposium keusahawanan.. jadi agak sibuk 3 hari ni. esok hari terakhir program ini berlangsung.. alhamdulillah.. mudah-mudahan  semuanya okey..dan tak jadi macam tengahari tadi..

saya ni bahagian jamuan. macam biasa la.. setiap program haruslah ada makanan.. pukul 12.15 kitaorang yang AJK jamuan ni pon keluar la dari dewan tu.. niat nya na tunggu makanan sampai.. tunggu punya tunggu.. tak sampai-sampai.. semua dah risau dah.. ea la.. mahu tak nya.. peserta kat dalam dewan tu da kelaparan da.. kang dia buat tunjuk perasaan kat dalam dewan tu.. tak naya ke..

ketua aku telefon kafe tu sebab nak tanya makanan sampai pkul bapa.. dan makcik tu kata makanan tak masak lagi.. hah ! aku ulang lagi sekali.. TAK MASAK LAGI ! teruk.. alasan dia bagi , dia lupa.. -__-". timbul keraguan di situ sebab kitaorang dah bagitahu dan ingatkan banyak kali.. pasal kelalaian orang lain, ketua kami jadi mangsa.. kesian.. makanan sampai pukul 2.30.. peserta ramai yang dah balik.. iskh..
perjalanan program yang sepatutnya lancar jadi tak lancar..bukan ke akan memburukkan kolej aku jugak akhirnya tu..

tapi tak pe.. bukan semua bersalah dalam hal ni.. tak guna salahkan siapa-siapa. benda dah jadi kan.. apa-apa pun..kita tak kan belajar kalau tak buat kesilapan :)

# redha apa yang berlaku. jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. kita merancang Allah yang tentukan :)

assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment