Saturday, 25 May 2013

Badminton Bersama Tersayang.

Tidak !!! dah makan banyak sangat - sangat masa kenduri. Aku tolong makan. hahahah. Jadi, sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan aku kena bersenam untuk keluarkan peluh. Terbakar la sikit lemak-lemak degil ni. hihii.


masa untuk bermain . Yeay !!


Posing jap . Biar Patner yang sambut bola. hihi



Muka bahagia dapat balas pukulan. haha 


Berpeluh betul adik aku ni, Wani Bam Bam namanya.

main tak seberapa. Beriya lebih.

semangat Kesukanan !

Posing dengan adik. 

Kenduri Sunat + tahlil

assalamualaikum. hari ini ada kenduri. alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Nenek aku jemput orang dari sekolah pondok. Subhanallah. Bersih-bersih muka dorang. Tenang je tengok. Boleh goyah. Ececeh. Gatal pulak aku ni. Siapa tak nak suami macam tu. Tapi aku tahu. Kita kena la ukur baju di badan sendiri kan. Tak kan dorang semua nal macam aku ni. Mestilah nak sama macam dorang. Aiseh.. Melepas :(
# ngadakan. ahahah.

Budak sekolah pondok. bertuah mereka :)


menu hari ni : Kari kambing. Nyummm !


budak sunat . kesian. Orang Kaya Baru .


Potong Buah epal sambil bergosip. penting !!



SEKIAN. TERIMA KASIH :)


rewang.

Apakah maksud rewang ? rewang tu perkataan yang digunakan oleh orang jawa pada awalnya. lama-lama dah semua orang gunakan perkataan rewang. Rewang membawa maksud gotong royong. hari Jumaat, 24hb kampung aku ada rewang. Al maklumlah, Sabtu esoknya tu nak kenduri. kitaorang buat  kenduri sunat + tahlil. Aku paling suka rewang, bukan sebab nak masak ea.. ahahah. sebab dapat jumpa sepupu, mak cik , pak cik. Jarang jumpa kan. Jumpa pun masa raya. masing-masing sibukkan. ini ada sikit gambar. Jemput tengok. hhiiihihi.


  
masa untuk makan :)


Rehat-rehat dulu. nanti nak sambung buat kerja.


cepat sikit makan tu. hihihi


pulut kuning. Yummmmyyyy !!


cup cakesssss ! sila makan .


jaja ! ya. dia cantik :)


Dari KIRI :
Aku, Jaja, Haziq, Aqil

presentation power point sesi 2

assalamualaikum..
alamak ! alamak ! alamak ! aku lambat post blog untuk tajuk presentation. maaf sir :) hihii. aiseh. haru khamis minggu 12 telah diadakan presentation . waaaaa. alhamdulillha. semua sudah selamat membentangkan hasil kerja masing-masing. Tahniah awak - awak semua . Tahniah pada kumpulan saya juga. Kumpulan 14. hahah.

KUMPULAN 11 membentangkan tajuk " Gubahan". Best tengok. Ada Gubahan menggunakan buah tembikai. Aku rasa macam nak makan je. Bukan rasa na cuba ukir ea. rasa nak makan. Da la lapar masa tu. ahaha.

                                                   
                                                                        cantikkan ?

KUMPULAN 5 membentangkan tajuk ZAMAN KANAK-KANAK. Bahagia sangat terinngat zaman kanak-kanak. pergh ! sejujurnya samapi sekarang aku layan cerita Power Rangers, Doremon, Shin Chan. Hihii. Korang pun kan. pas tu, makan tora, Nini. sedap ! Bab menghabiskan duit mak ayah masa kecil dulu memang nombor 1.

                                                  
                                            Aku pilih merah jambu. Anda pula bagaimana.
                                                     Chewahhh. ahahha.


KUMPULAN 6 pula bentang tentang tajuk PETI PERTOLONGAN CEMAS..Disebabkan aku ahli BSMM dekat kolej, jadi bagi aku maklumat yang diberi oleh mereka sangat berguna buat aku. Jadi, aku seronok. 

                                                
                                                        ni la peti pertolongan cemas.


KUMPULAN 16 membentangkan tajuk STRES. Naim berlakon wei. Berbakat jugak dia tu. ahaha. Aku suka scene yang Ammar berlakon kat taman. Comel mereka. Untunglah pandai berlakon. ahaha.

                                     
                                                           nampak stress nya tu.


KUMPULAN 10 membentangkan tentang APLIKASI MOBILE. almaklumlah, info ni sangat berguna. Sebab semua orang dah pakai telefon bimbit pintar. hihhihi. :) mereka ajar kami cara install viber, Whatapps dan Instagram. wah.. macam nak install la lepas ni.

                                   


KUMPULAN 4 membentangkan tajuk BAJU MENGIKUT KAUM. kaum india, cina dan melayu. seronok ! seronok ! video mereka sangat-sangat best. serius tak tipu. ahaha. ada BLACK !.ahahaha.

                                
                                                 cantiknya baju tradisional mereka ni :)

KUMPULAN 7 bentang tajuk COKLAT. Nyummy !! aku suka gila dengan coklat. ahaha. Mereka ajar cara buat coklat sendiri. boleh cuba ni. ahahah. Kalau mereka bawa sekali coklat yang mereka buat lagi tambah seronok. ahaha.

                                
                                                 hadiahkan aku coklat macam ni. ahaha


KUMPULAN 9 . Parodi. sangat menghiburkan video yang mereka buat. sangat seronok. Kelakar pun ada jugak. Tergelak-gelak aku kat belakang. 

                                
                                            bobo.ahahah. dia kelakar. over sikit


Pembentangan seterusnya diteruskan pada pukul 11. aku tak dapat tengok sebab ada kelas masa tu. Aku bentang hasil kerja kumpulan kami pada pukul 2. lepas toh aku tak dapat tengok sebab aku kena jaga kedai. Sampai di sini je.
Sekian. Assalamualaikum.

Wednesday, 15 May 2013

pembentangan powerpoint

Assalamualaikum..
minggu lepas ada sesi pembentangan powerpoint dan sir kata ini paling teruk. teruk?? huuwaaaaa. sedihnya. teruk sebab 2 kumpulan saja yang sempat bentang. dan minggu ni pun ada jugak. jeng. jeng . jeng. apakah halangan pada minggu ini. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan . Amin. risau la pulak nak bentang esok . aiseh, tenang amal. tenang. hehe. minta-minta la dapat bentang pagi. tade la pening nak cari orang lain 
tolong jagakan kedai petang esok :(
  minggu lepas mereka  bentang tajuk kasut dengan tajuk apatah lagi satu kumpulan tu. lupa. lupa. tapi nak bagitahu video yang tajuk kasut tu, sangat best. tak bosan la. panndai dorang. kretif. hehehe :) untunglah kan ? baiklah. kita tunggula pembentangan power point esok. harapnya semuanya baik-baik belaka . 
bye.assalamualaikum.

Wednesday, 8 May 2013

mahu bercuti.

Assalamualaikum. tak lama lagi na cuti sekolah. saja nak bagitahu walaupun tiada kene mengena dengan aku. heheh. aku ada suarakan pendapat aku nak p bercuti. dah lama rasanya tak pergi pantai ni,. nak pergi sangat-sangat. serius. sangat rindu dengan pantai. kali terakhir pergi awal bulan 12 tahun lepas. dah berapa bulan dah tak pergi. Subhanallah. sangat rindu dengan segala ciptaan Allah. semuanya indah-indah belaka        Macam tahun lepas, kitaorang pergi Endau-Rompin. memancing dengan ayah. Allah! rindu pulak. bila dah memancing memang tak ingat dunia la. tengah-tengah malam memancing. seronok sangat-sangat. tengah seronok memancing, hujan pulak turun. aisehhh. baru nak berseronok memancing dengan ayah. tapi tak pa. Alhamdulillah.nyenyak tidur malam tu. hujan. sejuk . hihii. bangun pagi, solat subuh terus mandi kolam walaupun masih hujan. walaupun ayah tak bagi mandi aku tetap nak mandi. Ayah risau aku demam. Aku ni sensitif sikit dengan hujan, Demam pulak nnti. da la nak final.serius. serius. sangat rindu. dah la hari toh tak dapat mandi pantai. hujan dan air pasang masa itu. memang tak la nak mandi. lemas kang. Ak dah ler tak pandai nak berenang. heheh.
  Begitulah alkisahnya, aku rindu nak p melancong sebenarnya. Akhir tahun ni, ada hari keluarga. Haruslah aku na p. Kalau tak dapat pergi, kecewanya aku. kena tinggal lagi. Dah la masa kat matrik tertinggal nak sertai hari keluarga. Mudah-mudahan aku dapat pergi. Aminnnnn. hihii.

Ini antara gambar-gambar hari keluarga yang aku terlepas tu. Sedih :(

                          



# Bogayo kan semua sepupu den. ahahaa.
Assalamualaikum :)

Tuesday, 7 May 2013

Berakhirnya musim PRU 13

Assalamualaikum.
seperti yang kita tahu, musim Pilihanraya umum dah pun habis. keputusan telah kita ketahui. Bak kata orang dulu-dulu. rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi. eh? betul ke? hehehe. aku pun main bantai je ni. apa yang aku cuba sampaikan walaupun semua sudah berakhir. tapi ada je hati yang masih tidak berpuas hati. masing- masing meluahkan perasaan di laman sosial. awak, apa ni. janganlah. ini akan menimbulkan pergaduhan. jangan berpecah disebabkan politik. Kurang cerdik namanya itu. kata nak mewujudkan negara yang penuh dengan perpaduan. macam mana nak berpadu kalau asyik nak bergaduh je kan. kalau mahu berbicara tentang politik, sampai bila-bila tidak akan habis. jika berbicara tentang ketidakpuasan hati, sampai bila-bila kita tidak akan merasa puas. jadi, apa yang kita perlu buat sekarang, beri peluang kepada pemimpin kita untuk menabur bakti mereka. kita sokong selagi apa yang mereka buat adalah perkara betul, kita tegur sekiranya mereka salah. bagi mereka 5tahun lagi untuk buktikan, jika tidak memuaskan hati, kita tukar pemimpin. sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik :) Bersabarlah rakyat Malaysia. bersabar kepada diri sendiri juga. hihi. renung-renungkan.
Assalamualaikum.