Assalamualaikum.
seperti yang kita tahu, musim Pilihanraya umum dah pun habis. keputusan telah kita ketahui. Bak kata orang dulu-dulu. rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi. eh? betul ke? hehehe. aku pun main bantai je ni. apa yang aku cuba sampaikan walaupun semua sudah berakhir. tapi ada je hati yang masih tidak berpuas hati. masing- masing meluahkan perasaan di laman sosial. awak, apa ni. janganlah. ini akan menimbulkan pergaduhan. jangan berpecah disebabkan politik. Kurang cerdik namanya itu. kata nak mewujudkan negara yang penuh dengan perpaduan. macam mana nak berpadu kalau asyik nak bergaduh je kan. kalau mahu berbicara tentang politik, sampai bila-bila tidak akan habis. jika berbicara tentang ketidakpuasan hati, sampai bila-bila kita tidak akan merasa puas. jadi, apa yang kita perlu buat sekarang, beri peluang kepada pemimpin kita untuk menabur bakti mereka. kita sokong selagi apa yang mereka buat adalah perkara betul, kita tegur sekiranya mereka salah. bagi mereka 5tahun lagi untuk buktikan, jika tidak memuaskan hati, kita tukar pemimpin. sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik :) Bersabarlah rakyat Malaysia. bersabar kepada diri sendiri juga. hihi. renung-renungkan.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment