Assalamualaikum.
seperti yang kita semua tahu, peperiksaan pertengahan semester dah habis. tapi ada je yang belum habis lagi kan. hehe. Aku dah dapat keputusan untuk subjek statistik dan keputusannya kurang memberansangkan. Adui. rasa nak menangis pun ada. sebab tak pernah aku dpat keputusan macam toh. okey. aku tipu. ahaha. pernah dapat keputusan teruk macam toh. tapi masa dalam darjah 1 dan 2. sebab masa toh tak pandai baca, mengira. Pendek kata, serba serbi tak tahu lah masa toh.
Berbalik pada cerita aku tadi., rasa macam nak menangis. naim pon rasa nak menangis. ramai kot yang rasa macam toh. ak cuma nak cakap kat mereka menangislah kalau kita rasa nak menangis, selagi tangisan kita bukan tangisan yang mencela takdir tapi tangisan yang akan buat kita kuat selepas itu. percayalah. apa yang berlaku ada hikmahnya dan apa yang kita dapat adalah rezeki kita. kita kena bersyukur. Dan aku juga cuba untuk bersyukur dengan apa yang aku dapat. Tapi tak bermakna aku akan berada di takuk lama. kita kena berusaha dengan lebih untuk berjaya. Kerana ada orang yang usaha sedikit tapi senang je berjaya. Itu maknanya rezeki dia murah. Bagi kita yang mahal rezekinya, berdoa kepada Allah :) supaya rezeki yang jauh didekatkan dengan kita. pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya. hihii.
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment