Saturday, 27 April 2013

azab wanita.

assalamualaikum. baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel yang bertajuk azab wanita. astagfirullah. sangat menakutkan apabila aku membaca artikel itu. Nauzubilllah. mudah-mudahan semua golongan saudara seislam termasuk aku dijauhi daripada azab seperti tu. 
Antara azab yang diterima oleh golongan wanita ialah :

i) Wanita yang tergantung rambutnya sehingga oteknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup aurat sehingga dilihat oleh lelaki bukan muhrimnya.

ii) Perempuan yang digantung susunya adalah isteri mengotori tempat tidurnya.
   # yang ni aku kurang paham maksudnya.

iii) wanita yang tergantung dua kakinya ialah perempuan yang tidak taat pada suami iaitu keluar rumah tanpa izin suami dan enggan menyucikan diri dari hadas haid dan nifas.

iv) Wanita yang memakan badannya sendiri adalah azab bagi wanita yang berhias untuk lelaki bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

v) Wanita yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya kemudian dihulurkan ular dan kala jengking kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

vi) wanita yang kepalanya seperti babi ialah balasan bagi wanita tukang umpat dan pendusta.

vii) Wanita yang menyerupai anjing ialah wanita yang suka menfitnah dan membenci suaminya.

Subhanallah.. serius sangat takut. kerana aku juga manusia biasa yang kadang-kadang melakukan kesilapan yang selalu dilakukan oleh semua orang. macam mengumpat dan apabila berita yang aku sampaikan kepada orang lain adalah berita palsu itu termasuk dalam kategori fitnah. Nauzubillah. hinanya aku :( tapi, kita semua ada masa untuk berubah. orang yang disayangi Allah ialah orang yang melakukan dosa tetapi dia bertaubat bukan orang yang selalu menganggap dirinya suci dan terhindar dari melakukan dosa. :)
marilah kita sama-sama mengejar cinta Ilahi dan syurgaNya. InshaAllah. semoga kita dipermudahkan segala urusan.
assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment