Thursday, 4 April 2013

isteri solehah :)

assalamualaikum..
hihihi.. apakah maksud gambar di atas ? adakah aku nak kahwin ? almaklumlah kan cuti seminggu ni.. hee :) niat ada. tapi calon tiada :( amatlah terasa dengan kenyataan diatas. wahai kaum hawa, marilah kita berjemaah mempersiapkan diri untuk menjadi calon isteri kaum adam yang solehah. chewah . ouch ! kemain :)  di maklumkan bahawasanya aku perlu belajar semua elemen di atas . BELAJAR AGAMA . haruslah kan . wajib. siapa lah kita tanpa agama . bahagiakah kita jika tiada agama . tidak sama sekali sayang-sayangku. tidak akan bahagia di dunia mahupun di akhirat. syurga di dunia adalah neraka di akhirat :) ingat itu . 
     yang seterusnya, RAJIN MEMASAK. ahahha.. yang ini terasa gila. macam mana nak rajin memasak kalau masak pun mmmmmm. aish. malu nak cakap. serius ku akui. bahawasanya aku sangat malas memasak :) maafkan aku bakal suamiku. awak kena makan dekat kedai tiap hari. ahahaha . jangan salah sangka. aku bukan tak tahu masak langsung cuma kalau minta lauk yang grand memang tak lah aku nak buat. anda semua akan mengalami keracunan makanan yang sangat serius. ahaha. masa itu. jangan nak salahkan aku. aku dah bagi amaran awal-awal lagi :)
   yang terakhir sekali. RAJIN MENGEMAS :) yang ini memang terhebat . bab-bab mengemas aku memang boleh dipercayai. ahahah. aku rajin mengemas * perasaan semata-mata* kat rumah aku selalu buat benda-benda alah ni semua :) almaklumlah mak ayah kerja. aku je la yang boleh diharapkan untuk kemas kan satu rumah ni. setakat ni alhamdulillah ayah bagi gred A kat aku kalau bab mengemas . bab memasak FAIL ! aahahahha. kat kolej je aku malas nak mengemas. sibuk :P. ahaha
tak mengapa wahai kaum hawa jika anda seperti saya ( ke aku sorang je yang spesis macam ni?) ahahah... wahai sayangku, ada masa lagi untuk kita berubah ke arah itu. masih belum terlewat . tiada istilah terlewat selagi kita masih lagi bernyawa di atas bumi Allah ini :) 

#pesanan untuk diri sendiri
assalamualaikum :)

                                     
                                      

No comments:

Post a Comment