Wednesday, 19 June 2013

selamat tinggal semester 2

alhamdulillah. Dengan berakhirnya kertas aplikasi komputer, maka dengan ini aku mengistiharkan bahawasanya , hari ni bersamaan 19hb jun 2013 telah berjaya menghabiskan semester 2 ini dengan jayanya. Semoga keputusan yang bakal aku perolehi akan menggembirakan semua orang InshaAllah. Mudah-mudahan. Wah, ramai gitu yang cemburu dengan aku sebab aku merdeka awal. ahaha. sabar deh kawan-kawan. teruskan perjuangan. Habis peperiksaan tak bermakna perjuangan kita sudah tamat. Masih jauh lagi perjalanan hidup kita. a long way journey to go. hihih. 

   Sebenarnya, aku tak tahu sama ada aku yakin aku akan naikkan pointer semester ni atau tak. sangat risau statistik aku. carry mark teruk la. sangat risau. Aku rasa aku da berusaha sehabis baik untuk jawab soalan lepas. ikutkan hati selalu berbisik,

" tak pe la amal. Biar ape pun keputusan yang kita dapat selepas berusaha terima dengan hati yang terbuka. Kita dah berusaha . Let's give Him decide the best way for u, amal. jangan pernah rasa ralat akan usaha yang kita dah buat."    


Akan tetapi persoalannya disini, mampu ke kita untuk tidak berasa apa-apa setelah gagal dapatkan apa yang kita nak ? mampu ke tidak ? mampu bagi yang menerima dengan hati yang terbuka. how about me? masih belum berjaya dirungkai. no matter what happen after this, i just wanna my mum and dad know that i have tried my best to make them happy with my result. and always tried to make them happy just the way i am. i just wanna be their best daughter in this world. hihii.

Sekian sahaja untuk kali ini. panjang umur, murah rezeki, aku post lah lagi. hihi. Selamat bercuti. Assalamualaikum.


P/s : maaf yer kalau tersalah kata terutamanya yang bab speaking kat atas tu. saya budak baru belajar. walaupun da tua bangka (:                                       

No comments:

Post a Comment