Tuesday, 30 April 2013

menangis menguatkan kita .

Assalamualaikum.
seperti yang kita semua tahu, peperiksaan pertengahan semester dah habis. tapi ada je yang belum habis lagi kan. hehe. Aku dah dapat keputusan untuk subjek statistik dan keputusannya kurang memberansangkan. Adui. rasa nak menangis pun ada. sebab tak pernah aku dpat keputusan macam toh. okey. aku tipu. ahaha. pernah dapat keputusan teruk macam toh. tapi masa dalam darjah 1 dan 2. sebab masa toh tak pandai baca, mengira. Pendek kata, serba serbi tak tahu lah masa toh.
    Berbalik pada cerita aku tadi., rasa macam nak menangis. naim pon rasa nak menangis. ramai kot yang rasa macam toh. ak cuma nak cakap kat mereka menangislah kalau kita rasa nak menangis, selagi tangisan kita bukan tangisan yang mencela takdir tapi tangisan yang akan buat kita kuat selepas itu. percayalah. apa yang berlaku ada hikmahnya dan apa yang kita dapat adalah rezeki kita. kita kena bersyukur. Dan aku juga cuba untuk bersyukur dengan apa yang aku dapat. Tapi tak bermakna aku akan berada di takuk lama. kita kena berusaha dengan lebih untuk berjaya. Kerana ada orang yang usaha sedikit tapi senang je berjaya. Itu maknanya rezeki dia murah. Bagi kita yang mahal rezekinya, berdoa kepada Allah :) supaya rezeki yang jauh didekatkan dengan kita. pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya. hihii. 
assalamualaikum.


Saturday, 27 April 2013

azab wanita.

assalamualaikum. baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel yang bertajuk azab wanita. astagfirullah. sangat menakutkan apabila aku membaca artikel itu. Nauzubilllah. mudah-mudahan semua golongan saudara seislam termasuk aku dijauhi daripada azab seperti tu. 
Antara azab yang diterima oleh golongan wanita ialah :

i) Wanita yang tergantung rambutnya sehingga oteknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup aurat sehingga dilihat oleh lelaki bukan muhrimnya.

ii) Perempuan yang digantung susunya adalah isteri mengotori tempat tidurnya.
   # yang ni aku kurang paham maksudnya.

iii) wanita yang tergantung dua kakinya ialah perempuan yang tidak taat pada suami iaitu keluar rumah tanpa izin suami dan enggan menyucikan diri dari hadas haid dan nifas.

iv) Wanita yang memakan badannya sendiri adalah azab bagi wanita yang berhias untuk lelaki bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

v) Wanita yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya kemudian dihulurkan ular dan kala jengking kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

vi) wanita yang kepalanya seperti babi ialah balasan bagi wanita tukang umpat dan pendusta.

vii) Wanita yang menyerupai anjing ialah wanita yang suka menfitnah dan membenci suaminya.

Subhanallah.. serius sangat takut. kerana aku juga manusia biasa yang kadang-kadang melakukan kesilapan yang selalu dilakukan oleh semua orang. macam mengumpat dan apabila berita yang aku sampaikan kepada orang lain adalah berita palsu itu termasuk dalam kategori fitnah. Nauzubillah. hinanya aku :( tapi, kita semua ada masa untuk berubah. orang yang disayangi Allah ialah orang yang melakukan dosa tetapi dia bertaubat bukan orang yang selalu menganggap dirinya suci dan terhindar dari melakukan dosa. :)
marilah kita sama-sama mengejar cinta Ilahi dan syurgaNya. InshaAllah. semoga kita dipermudahkan segala urusan.
assalamualaikum.

Thursday, 25 April 2013

minggu peperiksaan.

Assalamualaikum dan selamat malam.
fuhh..fuhh.. ( tiup habuk) hihi. dah berhabuk dah blog aku ni. Dah lama tak post kan.. minta maaf la sebab minggu ni dengan minggu lepas sangat sibuk. Nak hantar tugasan lah, ada peperiksaan pertengahan semester la. macam-macam la ada 2 minggu ni. Kepada yang masih ada lagi peperiksaan yang perlu diduduki. aku doakan supaya awak-awak semua dipermudahkan segala urusan olehNya. semoga terang hati semasa menjawab soalan-sealan itu semua. Ingat D.U.I.T :
                                                               D : doa
                                                               U : usaha
                                                                I : ikthiar
                                                               T : tawakal.
semoga kita dimurahkan rezeki. Amin :) ha ! sebenarnya aku baru lepas habis peperiksaan subjek statistik. Ya Allah. Susah sangat soalan dia. Sedih bila fikir. Ingat kan aku sorang je yang tak dapat jawab rupanya kawan-kawan aku pun sama. astagfirullahalazim. istigfar panjang aku bila tengok soalan dia. Lulus ke gagal la aku punya statistik ni. Ya Allah. murahkan la rezeki ku . Mudah-mudahan murah la rezeki aku untuk lulus ujian statistik ni. kalau gagal, Nauzubillah . Janganlah. Minta dijauhkan semua itu. Terlalu berat untuk aku pikul. huhu. tak sanggup nak berdepan dengan ibu ayah :( akhir kata, aku nak ucapkan semoga maju jaya kepada semua orang. semoga kita mampu untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat :) kalau ada apa-apa masalah, cerita pada Allah. merayu dekat Dia. minta dekat Dia. Allah lagi suka :) sebab kita ingat dekat Dia. Subhanallah. "Bestkan". kalau cerita dekat manusia, mula-mula dia na dengar la. lama-lama mestilah dia malas nak layan. kawan kita pun ada benda lain nak dibuat. hehe.
bersyukur dengan apa yang kita tak dapat sebab kita akan dapat yang lebih baik daripada apa yang kita nak.
assalamualaikum..




Tuesday, 16 April 2013

rindu mereka :(

assalamualaikum..
aku rasa macam tak percaya.. Dah sehari dah ada dekat UKM. Tiba-tiba malam ni rasa rindu dekat ibu, ayah dan adik-adik aku yang sangat nakal tu. haish ! sakit pulak hati ni tak dapat balik rumah. ibu kata balik 3 minggu lagi. lama tu ibu. nina dah tak sabar nak balik :) 
 ingat lagi pesan ibu . belajar sungguh-sungguh. Teruskan perjuangan :) Jadi manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat . ya ibu. nina akan selalu ingat pesan ibu. inshaAllah :) ibu cakap lagi tuntut la ilmu sampai ke negara China. nina mampu tersenyum ja. sebab belajar kat Bangi ni pun dah merengek nak balik tiap minggu. ini kan pula nak belajar sampai ke negara China. Tak pe lah ibu. belajar kat mana-mana pun sama kan . hehee. asalkan nina dapat sama-sama ngan ibu ayah. sweet tak nina ? 
 Sabar amal sabar . Belajar okey ? wahai hati. tolong lah kuat untuk menghadapi hari esok dan seterusnya.
selamat malam.
assalamualaikum :)

Sunday, 14 April 2013

masa lapang :)

assalamualaikum..
sungguh rasa tidak percaya bahawasanya cuti sudah habis.. huhuhuhu .. sedihnya :( rasa seminggu sekejap sangat. kerja yang banyak pun tak sempat nak habiskan. almaklumlah bila cuti lupa buku. nama pun cuti kan. haruslah cuti buat keje, baca buku dan sebagainya.hehe.. hei.. aku sorang je ke yang macam ni. teruk-teruk.
 Berbalik pada cuti aku tadi. aku pun tak tahu aku menghabiskan cuti aku macam mana. hehe.. sama ada gunakan waktu cuti secara bijak atau sebaliknya. tak pelah. abaikan. perkara sudah lepas :) jadikan pengajaran. masa yang lapang kena gunakan dengan bijak ye amal :) ingat tu. jangan jadi manusia yang dalam kerugian. nanti diri sendiri yang menyesal. perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. jadi, gunakan masa lapang anda dengan sebaiknya. semoga cepat berubah amal. jangan takut dengan perubahan . hehehe..*pesanan untuk diri sendiri*

assalamualaikum.
selamat malam :)

Thursday, 4 April 2013

isteri solehah :)

assalamualaikum..
hihihi.. apakah maksud gambar di atas ? adakah aku nak kahwin ? almaklumlah kan cuti seminggu ni.. hee :) niat ada. tapi calon tiada :( amatlah terasa dengan kenyataan diatas. wahai kaum hawa, marilah kita berjemaah mempersiapkan diri untuk menjadi calon isteri kaum adam yang solehah. chewah . ouch ! kemain :)  di maklumkan bahawasanya aku perlu belajar semua elemen di atas . BELAJAR AGAMA . haruslah kan . wajib. siapa lah kita tanpa agama . bahagiakah kita jika tiada agama . tidak sama sekali sayang-sayangku. tidak akan bahagia di dunia mahupun di akhirat. syurga di dunia adalah neraka di akhirat :) ingat itu . 
     yang seterusnya, RAJIN MEMASAK. ahahha.. yang ini terasa gila. macam mana nak rajin memasak kalau masak pun mmmmmm. aish. malu nak cakap. serius ku akui. bahawasanya aku sangat malas memasak :) maafkan aku bakal suamiku. awak kena makan dekat kedai tiap hari. ahahaha . jangan salah sangka. aku bukan tak tahu masak langsung cuma kalau minta lauk yang grand memang tak lah aku nak buat. anda semua akan mengalami keracunan makanan yang sangat serius. ahaha. masa itu. jangan nak salahkan aku. aku dah bagi amaran awal-awal lagi :)
   yang terakhir sekali. RAJIN MENGEMAS :) yang ini memang terhebat . bab-bab mengemas aku memang boleh dipercayai. ahahah. aku rajin mengemas * perasaan semata-mata* kat rumah aku selalu buat benda-benda alah ni semua :) almaklumlah mak ayah kerja. aku je la yang boleh diharapkan untuk kemas kan satu rumah ni. setakat ni alhamdulillah ayah bagi gred A kat aku kalau bab mengemas . bab memasak FAIL ! aahahahha. kat kolej je aku malas nak mengemas. sibuk :P. ahaha
tak mengapa wahai kaum hawa jika anda seperti saya ( ke aku sorang je yang spesis macam ni?) ahahah... wahai sayangku, ada masa lagi untuk kita berubah ke arah itu. masih belum terlewat . tiada istilah terlewat selagi kita masih lagi bernyawa di atas bumi Allah ini :) 

#pesanan untuk diri sendiri
assalamualaikum :)